Tuesday 22 November 2011

Raja Azmi naik angin di FFM 24

Read More: Here 2011-22-11
Raja Azmi sedang bangun dari tempat duduknya


18 Nov – Penerbit kontroversi Raja Azmi Raja Sulaiman, 52 yang hadir pada majlis perasmian Filem Festival Malaysia ke-24 (FFM 24) baru-baru ini telah naik angin dengan secara tiba-tiba bangun dari tempat duduknya dan meninggalkan majlis tersebut gara-gara tidak berpuas hati dengan kemenangan Jurey Latif.
Dipetik dari Malaysian Digest, penerbit "...Dalam Botol" itu menyatakan dia tidak marah dengan kemenangan itu namun dia nyata kecewa dengan keputusan yang dibuat juri.
"Macam mana Jurey boleh menang Pengarah Harapan sedangkan filem "Libas" itu hancur? Saya berani cakap begini kerana saya telah tonton filem itu dan hasilnya memang mengecewakan. Khir Rahman (filem "...Dalam Botol") lebih layak membawa pulang trofi tersebut," katanya.
Jelas Raja Azmi, dia bukan marah disebabkan kekalahan Khir Rahman tetapi bagi kebaikan industri filem Malaysia. "Ini merupakan festival yang amat memalukan apabila pihak penganjur boleh memenangi anugerah anjurannya sendri. Dan ini telah melanggar etika kerana dia adalah Pengarah FFM 24."
Tambahnya lagi, walaupun Jurey tidak mencalonkan namanya sendiri namun dia harus menarik diri awal-awal lagi kerana kedudukannya.
"Memandangkan Jurey adalah Pengarah FFM 24, tidak mungkin dia tidak terlibat dengan pemilihan juri. Saya memang mempertikaikan kredibiliti barisan juri. Pada saya, kelima-lima juri itu tidak arif dalam bidang perfileman. Mereka tidak pernah menerbitkan fillem dan ada di antara mereka itu adalah kawan-kawan kepada Jurey."
"Jika mahu sistem penjurian ini telus, penganjur seharusnya memilih juri-juri yang punya pengetahuan tentang filem. Juri adalah tunjang kepada festival ini. "
"Jika juri tidak berkelayakan, pasti keputusan pertandingan tidak betul. Jika perkara ini dipandang ringan, industri perfileman kita tidak akan ke mana-mana. Semuanya akan rosak. Saya sangat-sangat sedih dengan perkembangan terbaru ini." luah Raja Azmi dalam nada sebak.
Raja Azmi turut mencadangkan Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) melakukan sesuatu bagi perkara seperti ini tidak berlaku lagi pada masa hadapan. Dan dia turut memberitahu bahawa dia akan berbincang dengan peguam mengenai keputusan yang dibuat oleh pihak juri.

No comments:

Post a Comment